×
  • Wisma MR, No 47 & 47a, Jalan Bp 7/12, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong Selangor, Malaysia
  • sales@jomumrah.my
  • 0192664509

Right Menu

Pengurusan Jamaah Sakit

TATACARA PENGURUSAN JEMAAH SAKIT, DIALISIS & PENGURUSAN JENAZAH JEMAAH MR TRAVEL DI MADINAH AL MUNAWWARAH & MAKKAH AL MUKARRMAH


Jemaah adalah dinasihatkan bahawa keadaan dan prosedur hospital di Makkah dan Madinah sangat berbeza dengan prosedur hospital di Malaysia. Tiada jaminan tentang kelancaran dan keselesaan seperti di hospital di tanah air kerana prosedur berlainan dan kesesakan pada musim-musim tertentu.

TATACARA PENGURUSAN JEMAAH SAKIT KE HOSPITAL DAN PENGURUSAN JEMAAH DIABETES (DIALISIS)

  • Di Makkah atau Madinah, jemaah hendaklah membuat aduan bagi sakit kronik dan keuzuran berat ke mutawwif. Sekiranya hanya sakit biasa atau ringan, jemaah boleh membeli ubat di farmasi berdekatan hotel di Makkah dan Madhinah.

  • Bagi jemaah yang memerlukan rawatan dialisis untuk dibawa bersama semasa umrah dan satu salinan kepada syarikat untuk rujukan.

  • Syarikat akan berusaha untuk membuat tempahan rawatan dialisis di hospital Madinah atau Makkah setelah mendapat maklumat dari jemaah. Rawatan di hospital awam adalah percuma. Walau bagaimanapun, syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya pihak hospital enggan atau gagal untuk memberi rawatan kepada jemaah pada masa yang ditetapkan.

  • Hanya setelah menerima aduan dari pihak / petugas / mutawwif membawa jemaah ke hospital berdekatan. Jemaah perlu membawa rekod kesihatan sekiranya ada, passport dan tag nama dan hendaklah membawa seorang ahli keluarga atau jemaah lain bagi menemani jemaah sepanjang rawatan.

  • Pada musim sibuk, hospital awan di Madinah dan Makkah tidak menerima sebarang tempahan untuk dialisis. Pesakit perlu terus ke hospital dan menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Jika perlu menunggu, jemaah terpaksa menunggu giliran pada hari itu juga atau dating lagi keesokan harinya.

  • Tambang teksi, kos perubatan dan lain-lain perbelanjaan berkaitan rawatan jemaah di bawah tanggungan jemaah sendiri.

TATACARA PENGURUSAN JENAZAH MAKKAH

  • Untuk kes kematian, pegawai MR Travel di Madinah atau Makkah akan memaklumkan maklumat kematian arwah (nama, penerbangan, waktu meninggal dll) kepada pengurusan MR Travel Malaysia supaya dimaklumkan kepada keluarga / waris arwah di Malaysia.

  • Sekiranya ada kelapangan, mutawwif kumpulan berkenaan akan menziarahi waris atau jenazah arwah serta membantu semasa solat jenazah dan pengebumian.

  • Pegawai MR Travel akan memalumkan tentang kematian jemaah kepada pihak muassasah, dimana pegawai muassasah akan mengiringi petugas MR Travel /Mutawwif untuk mendapatkan surat kematian / Tabligh Wafah dari pihak hospital.

  • Tabligh Wafah hanya boleh dikeluarkan selepas 2-4jam pesakit/jemaah disahkan meninggal dunia di hospital. Bagi kes kematian di luar hospital, proses yang lebih panjang dan lama diperlukan kerana perlu mendapatkan surat pengesahan polis terlebih dahulu sebelum Tabligh Wafah boleh dikeluarkan.

  • Sekiranya selepas tempoh 2-4jam pesakit/jemaah disahkan meninggal dunia dan belum dituntut, pihak polis akan menghantar ke bilik mayat (tallajah) dan jenazah akan disimpan disana sehingga proses selanjutnya selesai. Tabligh Wafah boleh diambil dari mpejabat bilik mayat tersebut.

  • Jika segala proses diatas berjalan lancar dan dokumen yang diperlukan cukup dan lengkap dalam tempoh luar waktu pejabat, maka perlu tunggu sehingga keesokan harinya kerana proses selanjutnya di konsulat Malaysia, Jeddah hanya boleh dilakukan hanya pada waktu pejabat. Waktu pejabat konsulat Malaysia di Jeddah ialah jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Cuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

Alamat Konsulat Malaysia : Consulate General of Malaysia

Lot No. 241, Al-Mualiffin Street, Al-Rehab District, P.O Box
241, Jeddah 21421, Kingdom of Saudi Arabia

  • Untuk mendapatkan surat izin pengebumian dari konsulat Malaysia, waris akan ditemani oleh petugas dan mutawwif ke Konsulat Jeddah pada awal waktu pagi jam 8.00 pagi bertolak dari Makkah supaya boleh tiba di Makkah semula sebelum Zohor. Doklumen yang mesti dibawa ke Konsulat Jeddah ialah:

  • Surat Tabligh Wafah dari Hospital

  • Surat Makluman dari Muassasah

  • Passport awal arwah

  • Passport awal waris

  • Surat pengesahan izin kebumi oleh waris yang akan diisikan oleh MR Travel di Makkah / Madinah

  • Surat polis masjid (Jika ada jemaah meninggal di Masjidil Haram)

  • Setelah mendapat surat izin pengebumian dari Konsulat Malaysia, pulang ke Makkah atau ke Hospital untuk tuntutan jenazah. Pihak muassasah mesti ada bersama.

  • Setelah jenazah dituntut, pihak hospital diiringi oleh petugas / mutawwif dan waris akan ke tempat pemandian jenazah (Maghsalah). Disana akan mengambil 1-2 jam. Jenazah akan dihantar ke Masjidil Haram 15-30 minit sebelum azan solat. Jenazah akan dihantar samada ke Maghsalah Al Muhajir.

  • Selesai mandi, petugas / mutawwif perlu mencatatkan nombor katil dan nombor van jenazah untuk dimaklumkan kepada pengurus/pegawai untuk bantuan seterusnya.

  • Jenazah dibawa ke Masjidil Haram untuk di solat jenazah. Mutawwif-mutawwif akan bersedia menunggu di kawasan turun jenazah yang terletak diantara jambatan ke tingkat 2 pintu Safa dan Hotel Safwa Tower, jalan Ajyad. Mesti tunggu 1-30 minit sebelum masuk waktu solat /azan.

  • Setibanya van jenazah yang dimaklumkan, jenazah akan disambut dan diusung bersama-sama ke dalam Masjidil Haram melalui pintu Babul Ismail.

  • Selesai solat jenazah, jenazah akan diusung ke dalam van untuk dibawa ke perkuburan Al Syaro’I. Utamakan waris untuk bersama dalam van. Perjalanan akan mengambil masa 15 – 20 minit.

  • Selesai proses pengebumian di Perkuburan Al Syaro’I, petugas atau Mutawwif mesti mencatat nombor kubur. Kemudian semua kan pulang dengan van yang sama dan turun di Masjidil Haram.

  • Proses seterusnya adalah mendapatkan sijil kematian (Shahadah Wafah) melalui muassasah. Biasanya sijil kematian akan diperolehi selepas tempoh masa 14 hari hingga 1 bulan.

  • Selepas sijil kematian diperolehi, dokumen tersebut hendaklah dihantar ke Konsulat Malaysia di Jeddah untuk disahkan dan diterjemahkan. Proses ini sangat penting untuk menjadikan dokumen tersebut sahlaku di tanahair untuk prosedur tuntutan pusaka dan lain – lain prosedur seterusnya di tanah air oleh waris arwah. Sijil kematian yang dikembaliukan oleh Konsulat akan dikirim kepada ibu pejabat MR Travel & Services Sdb Bhd, Selangor.


TATACARA PENGURUSAN JENAZAH MADINAH

Prosedur di Madinah Al Munawwarah sama seperti di Makkah Ak Mukaramah kecuali urusan dokumentasi tidak di lakukan di Jeddah. Hanya melalui pejabat muassasah, di Madinah. Jenazah dikuburkan di tanah perkuburan Al Baqi bersebelahan dengan Masjid Nabawi.

MAKLUMAT HOSPITAL AWAM DI MAKKAH AL MUKARRAMAH DAN MADINAH AL MUNAWWARAH

Bil.

Nama Hospital

Alamat

Jarak Masa dari Masjid

Servis Dialisis

1

Ajyad Hospital

B2, Safwah Tower, Ajyad Street, Makkah

Tel : +966 2 573 0070

5 minit

Tiada

2

Al-Noor Specialized Hospital

P.O.Box : 6251, Al-Aziziyah District, Makkah

Tel: + 966 2 566 7777

15-20 minit

Ada

3

Malik Abdul Aziz Hospital

Qasr Al Dhiyaafah Street, Al Zahir, Makkah

Tel : + 966 2 544 2400

10-15 minit

Ada

4

Malik Faisal Hospital

Al Munhana Street, Shisha Makkah, Makkah

Tel : +966 2 566 6411

10-15minit

Tiada

5

Malik Fadh Hospital Madinah

P.O.Box 3892, Madinah

Tel : +966 4 823 3500

20 minit

Ada

WhatsApp