×
  • Wisma MR, No 47 & 47a, Jalan Bp 7/12, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong Selangor, Malaysia
  • sales@jomumrah.my
  • 0192664509

Right Menu

Visa Umrah

Sila baca panduan permohonan untuk mendapatkan visa Umrah di bawah dengan teliti. Para jemaah perlu menyediakan:

  • Dokumen Wajib

    1. Passport Antarabangsa yang masih mempunyai tempoh minimum selama 6 bulan dari tarikh berangkat dan sekurang-kurangnya 6 mukasurat kosong.

    2. Gambar untuk Visa Umrah sebanyak 4 keping bersaiz 4 x 6cm, berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% dan 2 keping berukuran passport biasa (untuk kegunaan pihak MRTS sahaja).

    3. Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.

  • WANITA BERUMUR KURANG 45 TAHUN / LELAKI BERUMUR KURANG 18 TAHUN

    Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah yang tidak ditemani mahram, TIDAK akan diluluskan visa umrah lagi oleh Kedutaan Arab Saudi.

  • PERATURAN BARU PERMOHONAN VISA UMRAH YANG DITETAPKAN OLEH KEDUTAAN ARAB SAUDI

    Peraturan ini telah titetapkan oleh kedutaan Arab Saudi dan dipinda dari semasa ke semasa. Sila baca dengan teliti & sebarang kemaskini peraturan baru akan dimaklumkan di sini.

  • DOKUMEN SOKONGAN

    Contoh dokumen sokongan yang diperlukan mengikut status mahram:

    1. Suami – Salinan sijil nikah (salinan perlu disahkan dari Jabatan Agama mengikut daerah & Wisma Putra)

    2. Bapa kandung – Salinan sijil lahir (salinan perlu disahkan di JPN & Wisma Putra)

    3. Adik beradik lelaki kandung (18 tahun ke atas) – Salinan sijil lahir ke dua-duanya (salinan perlu disahkan di JPN & Wisma Putra)

    4. Bapa saudara kandung (sebelah bapa) – Salinan sijil lahir jemaah, sijil lahir bapa dan sijil lahir bapa saudara, surat akuan sumpah izin daripada bapa jemaah.

    5. Datuk kandung – Salinan surat beranak jemaah dan surat beranak ibu/bapa dan surat keizinan bapa jemaah (salinan perlu disahkan di JPN & Wisma Putra).


**Kesemua dokumen ini perlu disahkan di Wisma Putra.

Pihak kami tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan visa Umrah sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi peraturan-peraturan tersebut.


TERMA & SYARAT

PEMBATALAN PAKEJ AKIBAT PENOLAKAN VISA KEPADA JEMAAH WANITA/LELAKI BAWAH UMUR TANPA MAHRAM

Sehubungan dengan isu penolakan visa bagi wanita/lelaki di bawah umur 18 tahun tetapi tanpa mahram, pihak MRTS hanya akan memulangkan sejumlah bayaran yang telah dibayar DENGAN SYARAT, set beg lengkap dan buku panduan dipulangkan semula kepada kami dengan keadaan yang baik (belum digunakan dan tidak berconteng atau ditulis nama) dan bakinya setelah proses ‘refund’ tiket penerbangan (jika telah dibeli’) selesai (jika ada).

Walaubagaimanapun, kami TIDAK akan memulangkan SEMUA jumlah bayaran bagi ahli keluarga lain yang mengiringi wanita/lelaki tersebut yang ingin membuat pembatalan pakej. Sekiranya mana-mana ahli keluarga wanita/lelaki tersebut yang ingin membatalkan pakejnya adalah tertakluk kepada peruntukan terma-terma pembatalan di bawah Jadual 4, Akta Industri Pelancongan 1992.

WhatsApp