×
  • Wisma MR, No 47 & 47a, Jalan Bp 7/12, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong Selangor, Malaysia
  • sales@jomumrah.my
  • 0192664509

Right Menu

Kursus Akademi Mutawwif 3

blog-post-image
Az-Zumar-9

“Katakanlah (Wahai Muhammad!): ‘Adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu?’”. (QS. Az-Zumar: 9)


Seminar Akademi Mutawwif MR Travel & Services Sdn. Bhd. Kumpulan 2 (AMMAR 2):
Mutawwif Berintegriti Harapan Ummah

Seiring peredaran masa, kerjaya mutawwif memerlukan suntikan baru supaya profesyen ini tidak dilihat sebagai pembimbing ibadat umrah dan haji sahaja. Dahulunya, kerjaya ini hanya dilakukan oleh para ulama’ dalam membimbing umara’ terutamanya ketika tawaf dan saie. Kemudian berkembang menjadi sebuah kerjaya berbentuk pengurusan profesional dimana mutawwif turut juga menggerakkan sesebuah institusi agensi umrah, berkerjasama menguruskan penginapan jemaah, makanan, pengangkutan sehinggalah perkara besar seperti menyelesaikan permasalahan hukum hakam.

MR Travel membuka seluasnya peluang kepada bakal mutawwif dan mutawwifah, bukan hanya sebagai pembimbing, tetapi mantap sebagai pengendali bidang umrah dan haji. Justeru, pihak MR Travel mengadakan seminar ini yang berlangsung pada 21 dan 22 Mei 2016 dalam membantu mutawwif dan mutawwifah sekaligus melatih mengendalikan jemaah setibanya berada di dua tanah suci nanti.

Semoga bakal mutawwif dan mutawwifah memperoleh manfaat yang banyak, dalam memperkukuhkan persiapan menuju lambaian kaabah kelak, Insha-Allah. Dengan IzinNya, mudahan menjadi Mutawwif Berintegriti Harapan Ummah.

Full Album: https://flic.kr/s/aHskGPv9io

Komen - Komen:


Tambah Komen

WhatsApp