×
  • Wisma MR, No 47 & 47a, Jalan Bp 7/12, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong Selangor, Malaysia
  • sales@jomumrah.my
  • 0192664509

Right Menu

Apa Itu Haji ?

APA ITU HAJI?

Definisi

Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

Hukum

Ibadat haji merupakan salah satu rukun Islam yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim yang mukalaf. Hukumnya wajib sekali seumur hidup apabila memenuhi syarat-syaratnya. Haji merupakan kewajipan yang mesti ditunaikan bagi melengkapkan rukun Islam yang kelima.

Adab-adab sebelum dan semasa menunaikan haji

  1. Sebelum berangkat ke Tanah Suci

    • Niat dengan penuh ikhlas hendak ke Tanah Suci semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

    • Mempelajari cara-cara pelaksanakan ibadah haji dengan sempurna.

    • Perbanyakkan taubat sebelum ke Tanah Suci.

    • Bersihkan harta daripada perkara yang syubhah dan haram.

    • Tinggalkan perkara-perkara maksiat dan melalaikan.

    • Perbanyakkan istighfar dan memohon keredhaan Allah SWT.

    • Memohon maaf dan keredhaan semua orang termasuk ibu, bapa, suami dan sanak-saudara.

    • Berpesan kepada anak-anak dan kaum keluarga agar sentiasa bertakwa kepada Allah SWT.

    • Menyelesaikan segala hak Allah SWT dan hak manusia yang masih tertanggung pada dirinya.

    • Memilih kawan yang soleh dan amanah sebagai teman.

    • Menunaikan solat sunat musafir sebelum berangkat ke Tanah Suci.

  2. Ketika berada di Tanah Suci

    • Menunjukkan akhlak yang mulia.

    • Menyedari dirinya sedang menjadi tetamu agung kepada Allah SWT.

    • Menyedari perjalanan haji adalah perjalanan ibadah bukannya makan angina.

    • Bersyukur dan redha dengan apa yang disediakan oleh Amirul Haj (Kerajaan Arab Saudi).

    • Enjauhi percakapan dan perbuatan keji serta sia-sia.

    • Elakkan sikap sombong dan takbur.

    • Bersyukur dan mengambil iktibar daripada kekurangan jemaah Negara lain semasa di Tanah Suci.

    • Elakkan pertengkaran dan perlu bertolak ansur.

    • Perbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, iktikaf, doa, taubat dan istighfar kepada Allah SWT.

    • Hidupkan semangat tolong-menolong dan bekerjasama.

Syarat wajib haji

  1. Islam

  2. Baligh

  3. Berakal

  4. Merderka

  5. Istito'ah (Berkemampuan)

Jenis-jenis haji

jenis-haji.jpg

Syarat haji badal

Orang yang hendak menunaikan haji bagi pihak orang lain disyaratkan:

  • Telah menunaikan haji bagi pihak dirinya sendiri dengan sempurna.

  • Hanya menunaikan haji untuk seorang sahaja pada satu musim haji.

  • Ia hendaklah berihram sama ada:

  • Di miqat orang yang hendak dihajikannya atau,

  • Di miqat yang sama jauh dengan miqat orang yang hendak dihajikannya atau,

  • Di miqat yang telah ditentukan kepadanya

  • Orang yang hendak menunaikan Haji Badal mestilah seseorang yang telah baligh.

Rukun Haji

jenis-haji.jpg

Cara mengekalkan Haji Mabrur

Kemabruran haji adalah nilai haji seseorang. Ia adalah impian seluruh umat yang menunaikan haji. Justeru, ia wajib dipelihara. Tanda kemabruran haji seseorang dapat diukur dengan bertambah kualiti kehidupan beragama dan iltizam dengan amalam-amalan Islam secara berterusan selepas menunaikan fardhu haji berbanding sebelumnya.

Perkara yang penting untuk mengekalkan haji mabrur adalah:

  • Memelihara kemurnian akidah

  • Memelihara solat dan solat jemaah

  • Memelihara tutur kata dan pandangan

  • Berusaha menjadi teladan yang baik

  • Menghindarkan diri daripada sumber pendapatan yang syubhah dan haram

  • Menghindarkan diri daripada kawan yang fasik (sekiranya dikhuatiri mudah terpengaruh)

  • Berusaha menambah ilmu agama

  • Menghayati alQuran dan sunnah


PERSEDIAN SEBELUM KE ARAFAH

URUSAN: Persediaan Sebelum 8 Zulhijjah Untuk Ke Arafah.

  1. Dapatkan maklumat perjalanan ke Arafah di Pusat Perkhidmatan Maktab. Sila lihat poster yang dipamerkan di bangunan penginapan.

  2. Dapatkan stiker penempatan nombor khemah di Arafah dan Mina yang akan diagihkan oleh petugas maktab sebelum 8 Zulhijjah.

  3. Sediakan perkara-perkara berikut:

    • Perkara-perkara yang perlu dibawa:

    • Hendaklah diisi di dalam beg bimbit yang dibawa.

       Pakaian

       Buku Rekod Rawatan

       Buku Doa/Al-Quran

       Tasbih dan sejadah

       Uncang batu

       Tuala kecil

       Gunting

       Lampu suluh 1 Botol air (1 liter)

       Payung Kecil

    • Pakaian Lelaki:

    •  3 helai kain ihram (termasuk yang dipakai)

       2 helai kain pelikat

       2 helai seluar trek atau seluar slack

       2 helai singlet

       2 helai baju t-shirt atau kemeja

       1 helai jubah atau baju melayu

       1 kasut biasa (lembut)

    • Pakaian Wanita:

    •  2 helai telekung (termasuk yang dipakai)

       2 helai kain batik

       2 helai maxi atau jubah atau baju kurung

       2 helai seluar trek

       1 kasut biasa (lembut)

  4. Bawa wang Saudi Riyal (SR) untuk keperluan kecemasan sebanyak SR 500.00 termasuk upah melontar jika perlu.

  5. Pastikan ahli keluarga dan rakan sebilik sentiasa ada bersama khasnya apabila dekat hari untuk bertolak ke Arafah.

  6. Jemaah haji yang uzur tidak digalakkan sembahyang di Masjidil Haram pada masa 3 hari sebelum ke Arafah. Ini untuk mengelakkan jemaah haji sesat, jatuh sakit dan mengelak dari panas terik matahari.

  7. Jika ada barang-barang berharga jemaah haji bolehlah mendapatkan perkhidmatan menyimpan barang di pejabat Muassasah.

  8. PERINGATAN
    i. Jemaah haji dinasihatkan supaya menghadiri majlis taklimat Arafah Mina oleh Pengurus Maktab bagi mendapatkan maklumat dan panduan.
    ii. 3 hari sebelum ke Arafah, pastikan menerima pelekat no. khemah Arafah dan Mina dari pihak maktab TH.
    iii. Tampalkan pelekat no. khemah Arafah Mina dibelakang lencana dan pada beg galas.
    iv. Jemaah haji wanita sama sekali tidak digalakkan sembahyang Jumaat kerana masjid sesak pada kebiasaannya.
    v. Tidak digalakkan mengerjakan Umrah sunat 7 hari sebelum berangkat ke Arafah supaya dapat menyimpan tenaga.
    vi. Tunggu pengumuman berangkat ke Arafah oleh Petugas Maktab.
    vii. Jemaah haji dikehendaki berada di dalam bilik masing-masing sehingga menerima arahan petugas Tabung Haji untuk menaiki bas yang telah disediakan.
    viii. Jarak dari Makkah ke Arafah 21.9 km (perjalanan kadangkala memakan masa 1 hingga 2 jam).
    ix. Jika bas rosak segeralah memohon pertolongan dari kalangan bas jemaah haji Malaysia/petugas TH/Muassasah yang melalui kawasan itu.
    jenis-haji.jpg

URUSAN :Pada 8 Zulhijjah untuk ke Arafah

  1. Tunggu pengumuman keberangkatan ke Arafah oleh petugas maktab di bilik masing-masing. Jangan turun ke lobi bangunan sehingga diarahkan.

  2. Jika melaksanakan Haji Tamattu’ hendaklah mandi sunat Ihram, memakai pakaian Ihram, sembahyang sunat Ihram dan berniat Ihram Haji di bilik masing-masing sebelum berangkat ke Arafah.

  3. Turun ke lobi bangunan apabila diarah oleh petugas maktab dan serahkan kunci bilik kepada petugas bangunan di kaunter. Sila bawa beg sendiri dan menaiki bas yang telah disediakan.

  4. Jemaah haji berangkat dengan bas secara dua peringkat pada 8 Zulhijjah. (Sila ikut arahan petugas Tabung Haji):

  5.  Selepas Solat Zohor

     Selepas Solat Asar

  6. Pastikan ahli keluarga terdekat ada bersama-sama semasa urusan berangkat ke Arafah.

  7. Sepanjang perjalanan ke Arafah hendaklah bertalbiah beramai-ramai (berjemaah).

  8. Perjalanan dari Makkah ke Arafah mengambil masa satu hingga dua jam.

SENARAI KEPERLUAN DAN KELENGKAPAN HAJI
1. KELENGKAPAN LELAKI

BILL ITEM UNIT
1 Kain Ihram 2
2 Tali pinggang haji 1
3 T-shirt biasa / berkocek zip 2
4 Jubah 2
5 Baju melayu / kurta 2
6 Kopiah 1
7 Kain pelekat tak berjahit 2
8 Seluar 2
9 Seluar dalam Ikut keperluan
10 Seluar dalam pakai buang Ikut keperluan
11 Baju pagoda 2
12 Selipar tak bertutup ibu jari 1
13 Kasut bertutup ibu jari 1
14 Tuala mandi 2
15 Tuala kecil 1
16 Baju sejuk 1

2. KELENGKAPAN WANITA

BILL ITEM UNIT
1 Telekung berlabel Malaysia 2
2 Jubah (hitam atau putih) 1
3 Tudung Labuh berdagu (hitam atau putih) 2
4 Sarung lengan 2
5 Sarung kaki 4
6 Kasut tawaf / sa’i 1
7 T-shirt untuk tidur 2
8 Seluar 2
9 Kain batik 1
10 Anak tudung 3
11 Kasut / sandle 1
12 Seluar dalam Pakai Buang Ikut keperluan
13 Pakaian dalam Ikut keperluan
14 Panty liner 1 paket
15 Pad 1 Paket
16 Cotton ball/facial cotton 1 Paket
17 Tuala mandi 1
18 Tuala kecil 1
WhatsApp