×
  • Wisma MR, No 47 & 47a, Jalan Bp 7/12, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong Selangor, Malaysia
  • sales@jomumrah.my
  • 0192664509

Right Menu

Apa Itu Umrah ?

APA ITU UMRAH ?

Menurut bahasa ; Ziarah atau mengunjung.

Menurut istilah ; Umrah ialah mengunjungi Baitullah dengan mengerjakan tawaf, saie dengan syarat-syarat serta menunaikan segala rukun dan wajibnya.

Apakah hukum mengerjakan Umrah?

Umrah adalah wajib dilakukan sekali seumur hidup ke atas setiap orang yang mampu. Ini berdasarkan pada dalil :

(Surah Al-Baqarah : Ayat 196)

Maksudnya ; Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.

Apakah kelebihan mengerjakan Umrah?

Umrah adalah sunat dilakukan berulang kali terutama sekali pada bulan Ramadhan.

Maksudnya ; daripada satu umrah ke satu umrah adalah penghapus dosa antara keduanya.

Maksudnya ; Satu umrah di bulan Ramadhan adalah menyamai (pahala) melakukan sekali haji.

Apakah hikmah di sebalik pensyariatan Umrah?

  1. Perhimpunan kaum muslimin dan muslimat dari seluruh pelosok dunia

    Islam ditegakkan atas dasar kasih sayang sesama Muslim. Allah SWT telah menetapkan kebanyakan ibadah ke arah mewujudkan pertemuan antara mereka supaya terbit semangat persaudaraan Islam yang mengetepikan perbezaan warna kulit dan bangsa. Contohnya seperti menunaikan solat fardhu secara berjemaah.

  2. Mengikat seluruh umat Islam dengan Mekah

    Mekah adalah tempat lahirnya agama Islam dan kemunculan tauhid ke seluruh manusia untuk menjadi syiar perpaduan umat Islam walaupun berjauhan tempat tinggal mereka.

  3. Menjadi salah satu lambang persamaan sesama Muslim

    Walaupun berasal dari latar belakang yang berbeza seperti kaya dengan kebendaan yang mewah tetapi masih berada di Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah umrah dan memakai pakaian putih tanpa ada perbezaan antara mereka.

Bilakah waktu yang dibolehkan untuk menunaikan Umrah?

Waktu untuk menunaikan ibadah umrah adalah sepanjang tahun, melainkan bagi sesiapa yang sedang mengerjakan ibadah haji.

Apakah syarat-syarat wajib bagi seseorang untuk menunaikan Umrah?

  1. Islam

  2. Baligh - sudah cukup umur dan mumayyiz

  3. Berakal - dalam keadaan sedar dan waras

  4. Merdeka - tidak berada di dalam tahanan/hamba

  5. Berkuasa

    • Dengan sendiri :

      • Ada tambang pergi dan balik

      • Ada bekalan/nafkah

      • Sihat tubuh badan

      • Aman perjalanan

      • Ada kenderaan pergi dan balik

      • Berkesempatan masa

    • Dengan pertolongan orang lain :

      • Tidak dapat mengerjakan sendiri kerana uzur

      • Sakit yang tiada harapan untuk sembuh

      • Terlalu tua

      • Telah meninggal dunia dan berupaya semasa hidupnya

    • Syarat tambahan bagi wanita :

      • Dengan izin suami/wali

      • Ditemana oleh suami/mahram tau perempuan yang dipercayai

Siapakah mahram bagi seorang wanita?

Apakah rukun bagi ibadah Umrah?

    1. Niat

      Maksudnya ; Sahaja aku menunaikan umrah dan berihram dengan kerana Allah Taa’la.

    2. Tawaf

      Tawaf ialah mengelilingi kaabah selama tujuh pusingan dengan mematuhi syarat-syarat sahnya.

    3. Saie

      Saie ialah berjalan berulang alik di antara Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali dengan mematuhi syarat-syarat sahnya.

    4. Bercukur/bergunting

      Bercukur atau bergunting ialah menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut di kepala dengan menurut syarat-syarat sahnya.

    5. Tertib

      Tertib dikira sah apabila rukun umrah dilakukan mengikut susunan yang telah ditetapkan.

Apakah perkara wajib bagi ibadah Umrah?

  1. Niat ihram di miqat (ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram)

    Niat Makani (Tempat)

    Niat Zamani (Masa)

    Sepanjang tahun kecuali bagi orang yang belum selesai melaksanakan semua rukun/wajib haji

  2. Meninggalkan larangan dalam ihram

    Terdapat tiga belas larangan semasa ihram iaitu :

    • Menutupi kepala (L)

    • Memakai pakaian bersarung/bercantum (L)

    • Menutup muka (P)

    • Memakai sarung tangan (L/P)

    • Memakai bau-bauan/menghidunya (L/P)

    • Memakai minyak di kepala/janggut (L/P)

    • Berkaitan akad nikah (L/P)

    • Pendahuluan persetubuhan (L/P)

    • Bersetubuh (L/P)

    • Menanggalkan rambut/bulu (L/P)

    • Mengerat/memotong kuku (L/P)

    • Memotong/mencabut tumbuh-tumbuhan (L/P)

    • Memburu binatang buruan (L/P)


Nasihat semasa umrah

Nasihat Umum :

  1. Cuba berusaha mempelajari ibadat ini supaya tidak mendedahkan diri anda ke dalam perkara yang boleh merosakkan pekerjaan anda atau mengurangkan pahala anda dalam keadaan anda tidak sedar.

  2. Cuba berusaha untuk mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w mengikut kemampuan anda dan keadaan anda.

  3. Cuba berusaha untuk mengelakkan diri anda dari memerhati manusia dan tumpukan kepada pekerjaan anda dan cara melakukan ibadat anda, kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan anda terlihat sesuatu yang boleh jadi perkerjaan yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam adalah pelik bagi anda sedangkan perkara itu adalah disebabkan kejahilan mereka, cuba selesaikan dalam keadaan tenang dan bersabar kerana ia adalah sebahagian dari tanda kebesaran penciptaan Allah.

  4. Elakkan diri anda dari melakukan maksiat dan jauhkan diri anda dari bertengkar dan berbalah.

  5. Elakkan diri anda dari bersesak dengan manusia serta menyakiti mereka di dalam Tawaf, Saie dan ibadat-ibadat yang lain.

  6. Elakkan diri anda dari merempuh atau menenyeh wanita di tempat-tempat yang terlalu penuh sesak (seperti Tawaf, Saie).

  7. Jangan persoalkan diri anda atau orang lain tentang sebab pekerjaan sebahagian ibadat dan cuba menyerahkan diri anda kepada Allah Taala.

  8. Anda hendaklah bersikap lemah lembut dengan penduduk dua tanah Haram dan jagalah diri anda supaya tidak berlaku kasar dan bengis bersama mereka kerana sesungguhnya penduduk Mekah adalah jiran Baitullah dan penduduk Madinah adalah jiran Rasulullah s.a.w.

Nasihat Di Dalam Tawaf:

  1. Ketahuilah Tawaf adalah Tahiyat di Al-Haram dan ia adalah sama seperti sembahyang cuma diharuskan bercakap, oleh sebab itulah ia disyaratkan supaya suci dari hadas besar dan kecil serta menutup aurat.

  2. Elakkan dari berdiri terlalu lama di Hajarulaswad untuk memberi isyarat kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan berlaku kesesakan yang sangat dahsyat.

  3. Elakkan dari bersesak untuk mengucup Hajarulaswad kerana mengucupnya adalah sunat dan tidak menyakiti diri anda serta orang lain adalah wajib, malah perkara wajib lebih patut diikuti berbanding dengan perkara sunat.

  4. Muwalat (berturut-turut) di antara pusingan-pusingan di dalam tawaf adalah sunat muakkad.

  5. Elakkan diri anda dari mematahkan jari-jari anda supaya mengeluarkan bunyi dan juga menyilangnya di dalam tawaf sebagaimana di dalam tawaf juga makruh makan, minum dan bercakap selain dari berzikir dan berdoa.

  6. Makruh tawaf dalam keadan menahan kencing dan berak atau kentut.

  7. Berhati-hati supaya melakukan tawaf melalui bahagian luar binaan Hijir Ismail, bukan melalui bahagian dalamnya kerana cara yang sedemikian bermakna jemaah Haji melakukan tawaf di sebahagian Kaabah sahaja dan tindakan itu membatalkan pusingan tawaf yang sedang dia lakukan.

  8. Elakkan dari mengangkat suara di dalam tawaf kerana mengangkat suara kadangkala boleh mengganggu orang lain yang melakukan tawaf.

  9. Elakkan dari berlari-lari anak di dalam setiap pusingan tawaf kerana berlari-lari anak adalah sunat pada tiga pusingan pertama tawaf sahaja yang selepasnya disusuli dengan saie.

  10. Sunat berlari-lari anak pada tiga pusingan tawaf yang pertama dan ittiba' (sopan) di dalam pusingan-pusingan yang lain yang disusuli dengan saie selepasnya.

  11. Wanita tidak disunatkan berlari-lari anak di dalam tawaf begitu juga di dalam saie.

  12. Elakkan dari ittiba' (sopan) ketika selawat.

  13. Elakkan dari menyentuh maqam Ibramim dan menciumnya kerana perbuatan ini adalah bidaah bercanggah dengan sunnah begitu juga dengan berpegang pada dinding kaabah.

  14. Elakkan dari terlalu berusaha untuk sembahyang di belakang maqam Ibrahim selepas tawaf ketika keadaan terlalu penuh sesak dan harus sembahyang di mana-mana tempat di dalam Masjidilharam.

  15. Perempuan hendaklah menjaga dirinya supaya tidak memperlihatkan rambutnya ketika bertahallul (ketika bergunting).



Nasihat Di Madinah Munawwarah :

  1. Iltizam dengan sunnah Nabi secara baik dan menetapkannya.

  2. Ketika jemaah dipesan supaya menyampaikan salam kepada Rasulullah s.a.w oleh seseorang maka janganlah kamu berkata Assalamu'alaikum wahai Rasulullah daripada (syeikh, Haji, jurutera atau doktor si Polan) bahkan sebut sahaja namanya kerana tidak ada mana-mana kedudukan di hadapan penghulu segala Rasul s.a.w.

  3. Berusaha untuk mendirikan sembahyang di Raudhah kerana Raudhah adalah merupakan sebahagian dari taman-taman syurga.

  4. Tidak memegang dan mencium dinding maqam.

  5. Berjalan di Madinah dalam keadaan tenang, sopan serta penuh beradab kerana anda berjalan mengikut langkah Nabi s.a.w dan para sahabat.

  6. Tidak sukan atau bercakap dengan kuat di mana mengangkat suara di sisi Rasulullah s.a.w boleh menggugurkan amalan soleh.

  7. Tidak merokok, apabila anda merupakan perokok, berusahalah bersungguh-sungguh untuk berhenti dari merokok di tanah suci kerana tidak sedemikian merupakan perbuatan fasiq terutama di Madinah Rasulullah s.a.w. malah ia juga dianggap sebagai tidak beradab bersama Rasulullah s.a.w.


Senarai barang keperluan dan kelengkapan umrah bagi Jemaah lelaki (selama 14 hari) :
Beg tangan

BILL ITEM UNIT
1 Berus dan Ubat Gigi (set kecil) 1
2 Pencuci muka (jika perlu) 1
3 Tuala Kecil 1
4 Baju Pakai (set pakaian) 1
5 Pakaian Dalam 1
6 Stokin 1
7 Ubat-ubatan 1
8 Beg plastic (untuk baju kotor) 1

Beg besar (Checked- in Luggage)

BILL ITEM UNIT
1 Ihram 2
2 Tali Pinggang Ihram 2
3 Kopiah 1
4 Baju pakai (set pakaian i.e. baju, seluar atau jubbah yg sesuai untuk ke masjid atau ziarah) 3
5 Pakaian dalam Secukupnya
6 Tuala mandi 1
7 Pakaian Tidur 2
8 Ubat-ubatan Secukupnya
9 Sikat 1
10 Alatan Mandian 1
11 Hanger Baju 2 atau 3
12 Tisu (saiz kecil) 2
13 Lip balm 1
14 Gunting Kecil dan Pemotong Kuku 1
15 Selipar 1
16 Beg selipar (utk dibawa masuk kedlm masjid) 1
17 Soket universal 1

Senarai barang keperluan dan kelengkapan umrah bagi Jemaah Perempuan (selama 14 hari) :
Beg tangan

BILL ITEM UNIT
1 Berus dan Ubat Gigi (set kecil) 1
2 Pencuci muka (jika perlu) 1
3 Tuala Kecil 1
4 Baju Pakai (set pakaian) 1
5 Pakaian Dalam 1
6 Stokin kaki dan tangan 1
7 Ubat-ubatan 1
8 Beg plastic (untuk baju kotor) 1
9 Tuala Wanita Nipis (pentyliner) Secukupnya

Beg besar (Checked- in Luggage)

BILL ITEM UNIT
1 Telekung 2
2 Stokin kaki dan Tangan 3
3 Mini Tudung 2
4 Baju pakai (set pakaian i.e. baju, seluar atau jubbah yg sesuai untuk ke masjid atau ziarah) 3
5 Pakaian dalam Secukupnya
6 Tuala mandi 1
7 Pakaian Tidur 2
8 Ubat-ubatan Secukupnya
9 Sikat dan Getah Rambut (set) 1
10 Alatan Mandian 1
11 Hanger Baju 2 atau 3
12 Tisu (saiz kecil) 2
13 Lip balm 1
14 Gunting Kecil dan Pemotong Kuku 1
15 Selipar 1
16 Beg selipar (utk dibawa masuk kedlm masjid) 1
17 Soket universal 1
18 Pin Baju Secukupnya
19 Tuala Wanita Nipis(pantyliner) Secukupnya
WhatsApp