×
  • Wisma MR, No 47 & 47a, Jalan Bp 7/12, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong Selangor, Malaysia
  • sales@jomumrah.my
  • 0192664509

Right Menu

Soal Jawab

Soalan 1

Adakah terdapat kelebihan tertentu melakukan umrah pada bulan Ramadhan?

Jawapan: Nabi Muhammad SAW bersabda:

Maksudnya: “Maka sesungghunya umrah padanya (Ramadhan) menyamai haji.”

Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan dalam Fathul Bari jilid 14, halaman 208 nama-nama syurga dinyatakan dalam al-Quran ialah seperti berikut:

  1. Syurga Firdaus

  2. Syurga Darussalam

  3. Syurga Dar al-Khuld

  4. Syurga Dar al-Muqamah

  5. Syurga al-Makwa

  6. Syurga al-Na’eim

  7. Syurga al-Maqam al-Amien

  8. Syurga Aden

  9. Syurga Maq’ad Sidqin

  10. Syurga al-Husna

Soalan 2

Sejauh manakah keperluan seseorang wanita ditemani oleh seseorang mahramnya untuk mengerjakan umrah?

Jawapan: Seseorang wanita wajib ditemani oleh seseorang lelaki yang menjadi mahramnya ataupun suaminya untuk melalui sesuatu perjalanan atau bermusafir. Ini adalah berdasarkan pada sabda Nabi Muhammad SAW:

Maksudnya: “Tidak harus bagi seseorang wanita Muslimah untuk bermusafir perjalanan sehari semalam melainkan diiringi bersama dengannya seseorang lelaki yang menjadi mahramnya.

Walau bagaimanapun, pihak Tabung Haji Malaysia memfatwakan harus seseorang perempuan yang tiada mahram untuk bermusafir dengan syarat dia mestilah menyertai sekumpulan wanita yang baik yang diyakini mampu memberikan keselamatan kepadanya sepanjang perjalanan hingga pulang semula ke tanah air.

Perbezaan Antara Mahram Dan Muhrim

MAHRAM – Golongan yang haram dikahwini

MUHRIM – Seseorangan yang berihram sama ada dalam solat ataupun dalam haji/ umrah

Peringatan!

  • Ipar yang lelaki bukannya mahram

  • Lelaki yang ajnabi haram mengaku menjadi mahram seseorang perempuan yang datang secara bersendirian walaupun niatnya untuk membolehkan wanita itu melaksanakan umrah

Soalan 3

Apakah hukum seseorang wanita yang ketika berada dalam perjalanannya ke Makkah, tiba-tiba mendapat tahu tentang berita kematian suaminya. Adakah dia perlu kembali ke tanah air ataupun meneruskan perjalanan umrahnya?

Jawapan: Harus baginya meneruskan perjalanan jika dia tidak mampu pulang semula ke tanah airnya. Tetapi jika dia mampu pulang semula, maka wajib ke atasnya melakukan demikian kerana wanita yang kematian suaminya tidak dibenarkan melakukan ibadah haji dan umrah sehingga dia menyempurnakan idah wanita yang kematian suami.

Soalan 4Apa Perkara-Perkara Bidaah Semasa Tawaf ?

Jawapan:

  1. Mandi khusus untuk tawaf

  2. Mengangkat kedua-dua tangan sebelum mengusap hajarulaswad

  3. Bersesak-sesak dengan orang ramai untuk mengusup hajarulaswad

  4. Meletakkan tangan kanan atas tangan kiri ketika tawaf

  5. Mencium Rukun Yamani

  6. Mengusap tembok Kaabah dan Maqam Ibrahim dan Hijir Ismail

  7. Membasuh kain ihram dengan air zamzam agar diberi barakka

Soalan 5

Adakah Madinah juga dianggap sebagai Tanah Haram?

Jawapan: Ya. Madinah menyamai Mekah daripada sudut kemuliaan dan kelebihannya. Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan berdoa untuknya dan aku mengharamakan Madinah sebagaimana Ibrahim mengharamkan Mekah dan aku berdoa untuk keberkatan cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim a.s. berdoa untuk Mekah.”

Nota kaki:

Diharamkan memburu binatang-binatang yang halal dimakan dan mencabut pokok-pokok yang tumbuh di Madinah.

Soalan 6

Apakah keutamaan solat di Masjid Nabawi?

Jawapan:

Maksudnya: “Solat dalam masjidku ini (Masjid Nabwai) lebih utama daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan Masjidilharam.”

Soalan 7

Bagaimanakah cara mengucapkan salam kepada Nabi SAW, Abu Bakar dan Umar r.a.?

Jawapan: Caranya ialah dengan mengucapkan:

Maksudnya: “Salam sejahtera ke atas Nabi SAW, utusan Allah, rahmat-Nya dan keberkatan-Nya. Salam sejahtera ke atasmu ya Abu Bakar, salam sejahtera ke atasmu wahai Umar.

Menurut pengarang kitab Hajjatun Nabi, sebenarnya cara yang paling ringkas adalah yang terbaik. Namun tidak menjadi kesalahan untuk mengucapkan pujian dan selamat yang lain. Demikian juga pujian untuk kedua-dua sahabat itu seperti kata-kata yang diucapkan oleh Abu Hamid al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumidin seperti: Salam sejahtera ke atas dua orang kanan Rasulullah, yang telah membantunya dalam dakwah dan sebagainya.”

Soalan 8

Bagaimankah cara mengucapkan salam kepada umat Islam yang dikebumikan di al-Baqi’?

Jawapan:

Caranya ialah dengan mengatakan:

Maksudnya: “Salam sejahtera ke atas penghuni rumah-rumah ini daripada kalangan Mukminin dan Muslimin, dan sesungguhna kami dengan kehendaknya akan menyusul kelak. Aku mohon pada Allah keafiatan untuk kita semua dan untuk kamu.”

Soalan 9

Apakah hukum melakukan umrah berulang kali dalam satu perjalanan?

Jawapan:

Dalam isu umrah berulang-kali dalam satu musim haji / sekali perjalanan ini, para ulama’ telah berbeza pandangan. Pendapat Pertama: Sebahagian ulama menganggap umrah berulang-kali adalah bercanggah dengan amalan Nabi Muhammad SAW yang melakukan umrah empat kali dalam empat waktu berbeza:

Maksudnya: “Rasulullah SAW melakukan umrah sebanyak empat kali; umrah pertama ialah umrah Hudaibiyah; umrah kedua ialah umrah yang dipersetujui bersama sahabat untuk menangguhkan umrah pada tahun berikutnya; umrah ketiga umrah daripada al-Ji’ranah dan yang keempat ialah umrah yang digabungkan dengan haji.”

Sunan Abi Daud (1993)

Pendapat Kedua:

Manakala sebahagian ulama’ yang lain pula tidak menganggap umrah berulang kali dalam satu musim sebagai satu masalah. Menurut Imam al-Nawawi pula, tidak dimakruhkan melakukan umrah dua kali, tiga atau lebih dalam tempoh setahun atau sehari, bahkan disunatkan memperbanyakkan umrah disisi ulama Syafi’iyyah. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 7/147-148)

Sementara Ibn ‘Abd al-Barr pula menyatakan bahawa jumhur ulama berpandangan harus hukumnya memperbanyakkan umrah dalam masa sehari semalam, kerana ianya amalan kebajikan. Tidak wajib menghalangnya melainkan dengan dalil, dan tiada dalil yang menghalang memperbanyakkan umrah. (Rujuk Al-Istizkar, 4/113)

Imam Ibn Qudamah menyebut bahawa menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali, tiada halangan untuk melakukan umrah berulang kali dalam tempoh setahun. (Rujuk Al-Mughni, 3/220)

Mereka juga berdalilkan melalui keumuman hadith kelebihan umrah, iaitu hadith riwayat Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Tempoh waktu antara satu umrah dengan umrah yang seterusnya merupakan penghapus dosa, dan haji yang mabrur akan menatijahkan balasan syurga”

Riwayat al-Bukhari (1773) dan Muslim (1349)

Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-255 mentarjihkan pandangan yang mengharuskan umrah berulang kali dalam satu perjalanan atau dalam satu musim haji. Hal ini bersandarkan kepada perintah umum untuk memperbanyakkan amal ibadah, dan inilah yang dipegang oleh para ulama’ mazhab Syafi’e dan sebahagian ulama mazhab Hanbali. Ini juga kerana jemaah yang datang dari jauh seperti jemaah Malaysia kadang-kadang peluang mereka untuk melakukan ziarah kali kedua ke Mekah adalah sukar. Justeru, masa yang berbaki ketika berada di Mekah bolehlah dilakukan umrah dengan syarat tidak membenakan serta mengganggu amalan ibadat haji yang hampir tiba

Soalan 10

Bolehkah memakai ihram bagi lelaki dengan disimpul atau disemat dengan pin?

Jawapan: Tidak boleh dan kena dam kecuali pada bahagian bawah pada kain yang separas pinggang boleh digunakan tali pinggang atau sebagainya.

Soalan 11

Apakah hukum seorang doktor semasa dalam ihram terpaksa memakai sarung tangan plastik kerana tugas merawat pesakit. Adakah berdosa dan dikenakan dam?

Jawapan: Tidak berdosa jika perlu dan tidak dikenakan dam.

Soalan 12

Bolehkah semasa berihram menghisap rokok atau paip yang tembakaunya berbau wangi?

Jawapan: Hukumnya haram dan dikenakan dam.

Soalan 13

Adakah dalil yang menguatkan kelebihan bermiqat di Ja’ranah untuk berihram umrah?

Jawapan: Dalilnya ialah kerana Nabi saw bermiqat umrah dari situ pada tahun pembukaan Makkah.

Soalan 14

Bagaimana cara mengatasi masalah bagi seorang yang tidak dapat menghafal atau membaca bacaan-bacaan yang ikhaskan semasa mengerjakan tawaf dan sai?

Jawapan: Bacaan di dalam tawaf dan sai semuanya sunat. Malah semua bacaan di dalam haji dan umrah adalah sunat. Tidak mengapa dibacanya apa sahaja doa yang diketahui atau membaca surah-surah pendek dari Al-Quran semasa tawaf, sai dan wukuf.

Soalan 15

Adakah batal air sembahyang apabila penyentuhan berlaku di antara lelaki dan perempuan semasa bertawaf?

Jawapan: Hukum yang muktamadnya adalah batal jika penyentuhan kulit berlaku antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan sudah mencapai umur yang diingini. Tetapi di dalam mazhab Syafii kita ada pendapat bahawa yang disentuh tidak batal. Pendapat ini boleh dipakai dalam keadaan darurat. Menurut pendapat Hanafi pula yang muktamad tidak batal melainkan dengan syahwat - pendapat ini boleh ditaklid dengan syarat kita berwuduk menurut mazhab Hanafi dengan menyapu sekurang-kurangnya suku kepala.

Soalan 16

Adakah sempurna satu pusingan tawaf seorang yang terjatuh semasa melakukannya dan beberapa kali terlepas dari mengirikan bahunya ke Kaabah kerana ditolak?

Jawapan: Kalau ia yakin bahawa bahu kirinya telah terpesong dari Kaabah semasa ditolak atau terjatuh itu dan ada bahagian tembok Kaabah itu yang tidak sempurna dikelilingi maka hendaklah ia berundur ke belakang untuk menyempurnakan perjalanan tawafnya, jika tidak munkin, hendaklah ia menambah bilangan untuk menyempurnakan tujuh pusingan yang sempurna.

Soalan 17

Adakah sah tawaf seorang yang bercakap-cakap atau memberi isyarat kepada orang lain semasa melakukan tawaf?

Jawapan: Sah tawafnya. Tetapi perbuatannya itu makruh melainkan jika perlu atau bercakap sesuatu yang baik. Sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud: Bertawaf di Baitullah itu adalah salat (sembahyang), hanya Allah menghalalkan bercakap semasa tawaf, maka sesiapa yang perlu bercakap, bercakaplah dengan sesuatu yang baik.

Soalan 18

Adakah dikenakan dam bagi seseorang yang meninggalkan tawaf wada’ kerana uzur atau darurat?

Jawapan: Tidak dikenakan dam.

Soalan 19

Adakah tawaf wada’ boleh diganti dengan ibadat lain?

Jawapan: Digantikan dengan dam. Jika ditinggalkan tanpa uzur hukumnya berdosa.

Soalan 20

Apakah hukum meninggalkan tawaf wada’ dengan sengaja dan apakah damnya? Adakah dam kerana tidak bertawaf Wada’ boleh digantikan dengan puasa?

Jawapan: Hukumnya berdosa. Damnya ialah menyembelih seekor kambing di tanah haram. Jika tidak mampu maka hendaklah puasa 10 hari - 3 hari di Makkah dan 7 hari apabila kembali ke negeri sendiri.

Soalan 21

Adakah seorang itu boleh menggunting/mencukurkan orang lain sebelum ia menggunting/mencukur diri sendir?

Jawapan: Boleh. Kerana yang dilarang mencukur diri sendiri atau orang lain ialah sebelum masa yang diharuskan bertahallul.

Soalan 22

Bolehkah seorang yang mengerjakan haji tamattuk itu bertahallul sebelum melakukan penyembelihan dam?

Jawapan: Boleh. Kalau damnya berupa penyembelihan kambing, afdal disembelih pada pagi Hari Raya Haji. Tetapi kalau damnya berpuasa iaitu 3 hari pada masa haji elok dibuat pada 3 hari sebelum Arafah dengan syarat setelah dia berihram haji iaitu pada hari keenam, ketujuh dan kelapan bulan Zulhijjah.

Soalan 23

Bolehkah seorang wanita yang sedang dalam haid bertahallul?

Jawapan: Boleh

Soalan 24

Apakah syarat-syarat binatang yang hendak dijadikan dam?

Jawapan: Binatangnya mesti sudah sampai umur boleh dibuat korban dan tidak ada sebarang penyakit serta cukup sifatnya.

Soalan 25

Adakah berdosa jika seorang itu melakukan perkara-perkara yang diharamkan semasa berihram walaupun setelah membayar dam?

Jawapan: Jika dilakukannya kerana terlupa, terpaksa atau kerana sesuatu keuzuran yang diterima oleh syarak ia tidak berdosa.

Soalan 26

Bolehkah seorang itu melewatkan pembayaran dam? Bagaimana pula jika bayaran dam seseorang itu dibayar di luar tanah haram?

Jawapan: Yang afdalnya dibayar pada waktunya. Ada masanya pula seseorang tidak boleh bertahallul melainkan setelah membayar dam. Semua dam mesti dibayar di tanah haram kecuali dam kerana terkepong atau terhalang dari meneruskan haji atau umrahnya - dikeluarkan ditempat mana ia terhalang.

Soalan 27

Bolehkah seorang itu memakan daging damnya sendiri?

Jawapan: Tidak boleh. Semuanya mesti disedekahkan. Kalau sudah diterima oleh orang yang berhak kemudian orang ini menjamunya adalah harus.

Soalan 28

Bolehkah seorang itu mewakili orang lain untuk membayar damnya?

Jawapan: Boleh

Soalan 29

Adakah sah dam seorang yang dibuat dengan tidak berijab kabul?

Jawapan: Perwakilan mesti ada ijabnya dengan lafaz. Kalau ia menyembelih sendiri cukup dengan niat. Wakil wajib berniat atas nama orang yang mewakilkan.

Soalan 30

Adakah sah dam yang dibayar melalui Bank Islam yang terdapat di Arab Saudi?

Jawapan: Ya. Sah dengan syarat pihak bank itu bertindak sebagai wakil untuk menyembelih dam itu.

Soalan 31

Adakah dikenakan dam jika seorang yang uzur itu tidak dapat melakukan tawaf wada’?

Jawapan: Tidak dikenakan dam kerana uzur

Soalan 32

Adakah dikenakan dam bagi seorang yang ternampak rambut di lantai biliknya sedangkan ia tidak pasti rambut siapakah itu?

Jawapan: Tidak wajib dam.

Soalan 33

Seorang yang terlupa yang dia dalam ihram telah mencabut rambutnya, adakah dikenakan dam keatasnya?

Jawapan: Ya. Dikenakan dam.

WhatsApp