×
  • Wisma MR, No 47 & 47a, Jalan Bp 7/12, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong Selangor, Malaysia
  • sales@jomumrah.my
  • 0192664509

Right Menu

Tip Haji & Umrah

Kepentingan Menunaikan Haji

Kenapa menunaikan ibadah Haji itu penting bagi seseorang yang beragama Islam?

Haji ialah ziarah suci yang dilakukan umat Islam ke Mekah, Arab Saudi setiap tahun dan merupakan yang terbesar di dunia.

  1. Haji adalah rukun ke-5 yang wajib dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Rukun Islam, kewajipan agama ini hendaklah dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka bagi yang berkemampuan dan larat mengerjakannya.

  2. Haji membezakan di antara umat Islam dan orang kafir.

  3. Pahala haji adalah syurga Ilahi.

  4. Haji merupakan satu bentuk jihad.

  5. Menunaikan ibadah haji boleh menghapuskan dosa.

  6. Haji adalah ibadah yang dapat mengenal Nabi dan para sahabat dengan lebih dekat

Kepentingan Menunaikan Umrah

Mengerjakan ibadah umrah merupakan impian bagi semua umat muslimin. Selain mengerjakan ibadah untuk mendapat balasan syurga daripada Ilahi, banyak lagi kelebihan lain apabila menunaikan ibadah ini.

Umrah pada istilah syarak bermaksud menziarahi Baitullah untuk mengerjakan ibadah umrah dengan niat dan syarat syarat tertentu.

1. Umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap individu yang berkemampuan.

2. Umrah adalah sunat dilakukan dilakukan berulang kali pada bulan Ramadhan. Ini adalah kerana berdasarkan hadith,

"(Melakukan) satu umrah di bulan Ramadhan adalah

menyamai (pahala) melakukan sekali haji."

3. Pahala dan ganjaran bagi jemaah umrah akan dilipatgandakan.

4. Jemaah yang meninggal ketika menunaikan umrah tidak akan dihisab.

5. Umrah merupakan perhimpunan bagi seluruh umat Islam. Ketahuilah bahawa agama ini tertegak di atas kesatuan dan kasih sayang sesama muslim.

6. Menghidupkan hakikat persaudaraan Islam dan menzahirkannya di alam realiti.

Perbezaan Ibadah Haji dan Umrah

Secara ringkasnya, apa perbezaan haji dan umrah?

Dari segi masa

Haji: bermula 1 Syawal sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah

Umrah: pada bila bila masa sepanjang tahun

Dari segi hukum

Haji: wajib bagi yang berkemampuan

Umrah:  sunat bagi yang berkemampuan

Dari segi rukun

Haji: Rukun haji ada lima; ihram, wukuf di Arafah, tawaf, sa'ie, tahallul

Umrah: Rukun umrah hanya ada empat; ihram, tawaf, sa'ie, tahallul

Hotel Pilihan Ramai di Mekah

Untuk menunaikan ibadah haji atau umrah, pemilihan penginapan di Mekah juga merupakan antara perkara penting yang perlu diuruskan. Ini adalah untuk memudahkan pergerakan jemaah ke Masjidilharam dan memberi keselesaan agar fikiran tidak terganggu dengan kesulitan semasa di sana.

Senarai dibawah adalah di antara hotel pilihan ramai dari segi keselesaan dan review,

Conrad Makkah

Terletak di tengah tengah bandar Mekah dan menawarkan kemewahan, keselesaan dan pelbagai fasiliti lengkap, antaranya bilik yang luas dan besar bersama bilik persalinan yang berasingan, wifi percuma, restoran makanan halal di hotel, dan pemandangan terus ke Masjidilharam atau Kaabah.

Millenium Mekah

Hotel ini terletak di pusat Kota Mekah dan menghadap Masjidilharam. Hotel ini pula jaraknya hanya beberapa minit sahaja berjalan kaki dari Masjidilharam. Menawarkan perkhidmatan wifi percuma, mempunyai masjid yang berbeza untuk lelaki dan wanita, mempunyai reka bentuk moden, dan lain lain.

Anjum Makkah Hotel

Hotel yang bertaraf 5 bintang ini hanya terletak 80m sahaja dari Masjidilharam. Sangat sesuai kepada jemaah yang mementingkan keselesaan ketika beribadah. Hotel 1743 bilik ini mempunyai pelbagai pilihan tempat makan yang menghidangkan masakan antarabangsa dan etnik, perkhidmatan dobi, limousin, bilik solat yang sangat besar dan luas, wifi percuma, pusat perniagaan, dewan serbaguna, dan lain lain.

MR Travel & Services menawarakan Pakej Umrah Selesa D'Anjum dimana para bakal jemaah tidak perlu risau akan pengurusan mereka disana. Kami akan membantu anda untuk memastikan keselesaan dan kelancaran beribadah. InsyaAllah.


TIPS SEMASA UMRAH

Arab Saudi ialah negara yang mempunyai empat musim. Tapi sebenarnya ada 2 musim sahaja. Musim panas dan musim sejuk. Di sana cuaca memang kering. Pastikan anda bawa losyen pelembap.

Dari segi plug elektrik, di sana sebenarnya pakai jenis yang 2 pin leper tu. Tapi, kebanyakan hotel ada sediakan plug 3-pin macam yang di Malaysia.

Pengeluaran Wang Dan Tukaran Wang

Anda boleh menukar wang di Malaysia atau di Makkah/Madinah menerusi money changer yang banyak terdapat di sana. Kadar tukaran terkini ialah SR100 bersamaan RM104 ke RM107. Kadar tukaran ini tertakluk kepada perubahan semasa. Biasanya tukaran wang di Madinah lebih mendapat nilaian yang tinggi berbanding Makkah dan Malaysia.

Antara lokasi money changer murah di Madinah di hadapan Hotel Fayroz Shattah.

Sekiranya anda takut untuk membawa wang tunai yang banyak, Ada banyak lokasi ATM Al-Rajhi di beberapa lokasi yang telah disediakan. Semasa di tanah suci, had pengeluaran maksima di mesin ATM Al-Rajhi ialah SAR5000 sahaja sehari. Jika anda ingin mengeluarkan lebih dari SAR5000, anda terpaksa menunggu selepas 24 jam pengeluaran pertama dibuat.

Elakkan Membawa Pakaian Yang Banyak

Jangan bawa pakaian yang terlalu banyak, walaupun anda di tanah suci selama 2 minggu. Sebaiknya bagasi anda jangan lebih dari 15 kg. Ini kerana kebiasaannya jemaah akan membeli-belah semasa di sana, dibimbangi semasa balik nanti had muatan bagasi lebih dari sepatutnya yang memungkinkan dikenakan denda atau “caj lebihan bagasi”.

Bagi lelaki memadai dengan 2 pasang baju yang sesuai untuk beribadah atau pakaian semasa solat. Kain ihram pula 3 helai atau sepasang setengah. Begitu juga bagi wanita, memadai dengan 2 pasang jubah 2 pasang telekung sahaja.

Bagi jemaah wanita, tips untuk masuk ke Raudah, siap sedia sepasang jubah warna hitam. Kadang kala jika jemaah anda terlalu nampak kemelayuannya, akan terpinggir ke bahagian belakang. Berbanding anda berpakaian ala wanita Arab. Lebih mudah nak menyelit dan masuk ke bahagian Raudah.

Semasa di tanah suci, jemaah pasti akan membeli pakaian atau jubah baru kerana selain dari harganya yang lebih murah berbanding di Malaysia. Kalau di Mekah atau Madinah setiap pagi selepas subuh sudah ramai yang akan berniaga di depan hotel sepanjang jalan pulang dari Masjid.

Kualiti dan harga boleh nilai sendiri. Semua itu hanyalah sampingan sahaja. Jangan terlalu sibuk membeli belah sampai anda lupa tujuan asal datang nak beribadah.


Nak Pakai Selipar Atau Kasut

Mudahnya bawalah 2 pasang selipar. Satu yang sudah siap anda pakai dari rumah. Sepasang lagi stand by kalau-kalau selipar anda hilang di masjid. Nak panjat Gua Hirak, guna selipar yang sama pun boleh.

Jadi tidak perlu penuhkan bag dan beratkan muatan untuk bawa kasut hitam siap berkilat atau kasut sukan.Sekecil-kecil ujian sabar adalah hilang selipar. Jadi sentiasa beringat untuk bawa kasut bersama ketika ziarah atau iktikaf di dalam masjid. Gunakan bag yang disediakan. Jangan tinggalkan kasut di tempat letak kasut sewenang-wenangnya.



WhatsApp