×
  • Wisma MR, No 47 & 47a, Jalan Bp 7/12, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong Selangor, Malaysia
  • sales@jomumrah.my
  • 0192664509

Right Menu

UMRAH ZIARAH CAIRO

feature-img
  • 14 HARI 12 MALAM

Hotel Mekah

:

-

Hotel Madinah

:

--

Flight

:

Egypt Air @ Emirate @ Setaraf

Makanan

:

Asian Buffet (3x Per Day)



PACKAGE INCLUDE
  • Tiket penerbangan (pergi dan balik)
  • Visa
  • Penginapan sepanjang di Mekah dan Madinah
  • Fullboard meals (sarapan, makan tengah hari dan makan malam)
  • 2 Bagasi (24’ & 20’)
  • Beg sandang & beg kasut
  • Air zamzam
  • Tag nama
  • Kursus umrah
  • Mutawwif berpengalaman


PACKAGE EXCLUDE
  • Passport
  • Insurance
  • Vaksin
Hari 1 : KAHERAH-ISKANDARIAH

Tiba di Lapangan Terbang Kaherah. Selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa ke Bandar Iskandariah, setibanya di sana jemaah terus dibawa melawat ke Bibliotheca (perpustakaan terbesar di benua Afrika), Istana Raja Farouq di Montazah, Masjid Al-Morsy, dan Maqam Nabi Daniel. Bertolak pulang ke Kaherah. Bermalam di Kaherah

Hari 2 : KAHERAH

Selepas sarapan pagi, Jemaah akan juga dibawa melawat ke Giza Piramid, Sphinx, dan Institut Papyrus. Jemaah juga akan dibawa menziarahi Maqam Imam Shafie, Perkampungan Firaun dan Saidatina Zainab, Melawat Masjid Al-azhar & University tertua di dunia iaitu University Al Azhar. Bermalam di Kaherah.

Hari 3 : KAHERAH

Aktiviti bebas & membeli belah di Bazaar el- Khalili.

Hari 4 : CAIRO/ JEDDAH/MADINAH

Bertolak dari airport cairo dan berlepas ke Jeddah@ Madinah. Tiba di Madinah dan peserta terus dibawa ke hotel untuk check-in . Setelah berehat seketika, jemaah akan dibawa menziarahi maqam Rasulullah S.A.W dan Masjid Nabawi.

Hari 5 : MADINAH/ZIARAH

Jemaah akan dibawa ke Makam Rasulullah S.A.W pada sebelah pagi dan melawat tempat-tempat bersejarah di kota Madinah seperti perkuburan baqi’, jabal/bukit Uhud, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan ladang kurma. Ziarah akan dipandu oleh wakil kami/mutawif di sana.

Hari 6 - 7 : MADINAH

Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri

Hari 8 : MADNAH/MEKAH

Selepas solat Zohor, Jemaah akan dibawa ziarah Wida’ ( Selamat tingal) di maqam Rasulullah S.A.W dan seterusnya bersiap untuk bertolak ke Mekah. Setiba di Mekah jemaah akan dibawa ke hotel. Setelah berehat seketika jemaah akan dipimpin melakukan ibadah umrah oleh mutawif.

Hari 9 : MEKAH

Jemaah akan dibawa menziarahi beberapa tempat bersejarah di kota mekah seperti Jabal thur (Gua Thur), Padang Arafah, Mudzalifah, Mina, dan akhir sekali di Ja’ranah. Sesiapa yang ingin mengerjakan umrah atau umrah badal bolehlah bermiqat ( Berniat dan memakai ihram) di sini.. NOTA : bergantung kepada keadaan/situasi jemaah umrah

Hari 10 : MEKAH

Ziarah hudaibiyah, lading unta dan Muzium Kaabah-tarikh adalah tertakluk kepada permit masuk ke muzium kaabah.

Hari 11 - 12 : MEKAH

Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri

Hari 13 : MEKAH

Selepas solat ZOHOR, jemaah dikehendaki melakukan TAWAF WIDA’ ( tawaf selamat tingal) dan bertolak ke lapangan terbang Jeddah. Jemaah akan terbang pulang ke kuala Lumpur. Nota : jemaah dikehendaki berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum berlepas

Hari 14 : KUALA LUMPUR

Jemaah akan tiba di KLIA, Kuala Lumpur Insya Allah


#Jadual Perjalanan tertakluk pada perubahan

Visa adalah tertakluk kepada kelulusan Kedutaan Saudi. Deposit RM2,000 selepas pengesahan dan 50 hari sebelum tarikh perlepasan, bayaran penuh perlu dijelaskan.

Jadual penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan keadaan semasa. Bayaran kepada: MR TRAVEL & SERVICES SDN. BHD. (MAYBANK: 5127-7210-3800)

WhatsApp