×
  • Wisma MR, No 47 & 47a, Jalan Bp 7/12, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong Selangor, Malaysia
  • sales@jomumrah.my
  • 0192664509

Right Menu

Latarbelakang Syarikat

Pakej Umrah Super Ekonomi merupakan pakej umrah termurah yang diperkenalkan oleh pihak kami dan bertujuan untuk membolehkan lebih ramai lagi jemaah pergi ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah. Pakej Umrah Super Ekonomi ini mula diperkenalkan oleh pihak kami pada tahun 2006 dan sambutan yang diterima dari pakej ini adalah sangat memuaskan.

Selain pakej Super Ekonomi, pihak kami juga menawarkan 4 jenis pakej umrah yang lain seperti Pakej Umrah Ekonomi, Pakej Umrah Standard, Pakej Umrah Eksklusif D’anjum dan Pakej Umrah Selesa.

Kami menyediakan 5 pakej penginapan yang berbeza untuk anda semasa berada di Makkah, iaitu dalam pakej Super Ekonomi, jarak hotelnya adalah 1km dari Masjidil Haram dan Pakej Ekonomi pula, jarak hotelnya sekitar 600m. Manakala, Pakej Umrah Standard pula, jarak hotelnya sekitar 300m dari Masjidil Haram. Pakej Selesa pula, jarak hotelnya adalah sekitar 50-100m dari Masjidil Haram dan seterusnya Pakej D’anjum, jarak hotelnya adalah 50m.

Harga sebenar pakej umrah adalah bergantung kepada pakej hotel yang dipilih. Di Madinah pula, jarak hotelnya ialah sekitar 80-250m dari Masjid Nabawi.

Harga pakej umrah ini akan berubah mengikut masa, tarikh, waktu puncak, musim cuti sekolah dan pada bulan Ramadhan.

Harga semua pakej umrah ini meliputi tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api, penginapan di Makkah & Madinah, makan dan minum 3 kali sehari, ziarah di Madinah dan Makkah, khidmad Mutawwif, pengangkutan bas dari JED/MED/MAK, visa umrah dan caj Muassasah, kursus bimbingan umrah dan cenderamata (beg kembara, beg sandang, uncang kasut, buku panduan umrah dan air zamzam 5 liter seorang).

WhatsApp