Deposit Hanya RM300 - Paling Rendah Di Pasaran BOOKING SEKARANG

SOALAN LAZIM

 1. Apakah hukum menunaikan umrah

Pendapat Jumhur Ulama’ mengatakan bahawa umrah itu wajib dilakukan sekali seumur hidup.

 

2. Berapakah had umur yang dibenarkan?
Had umur yang dibenarkan adalah 12 tahun dan keatas (Tertakluk kepada perubahan oleh kerajaan Saudi).
 
3. Adakah pakej As Shams Travel & Tours sudah termasuk penginapan dan makan minum?
Ya, pakej kami sudah termasuk penginapan dan makan minum bergantung kepada pilih Jemaah seperti yang tertera di dalam flyers.
 
4. Berapakah jarak hotel penginapan jemaah?
Jarak hotel di Mekah adalah -+ 50 meter dan di Madinah jarak hotel adalah diantara -+50 - -+150 meter bergantung kepada pilihan pakej yang diambil oleh Jemaah.
 
5. Apakah jenis penerbangan yang digunakan?
Kami menggunakan penerbangan bertaraf 5 bintang iaitu Saudi Arabia Airlines atau Malaysia Airlines (bergantung kepada keadaan semasa).
 
6. Apakah jenis pengangkutan yang digunakan Ketika di tanah suci?
Kami menggunakan bas berhawa dingin semasa berada di tanah suci.
 
7. Apakah jenis visa yang digunakan?

As-Shams Travel & Tours menggunakan visa umrah (bergantung kepada keadaan semasa)
 
8. Adakah mutawwif disediakan?
Ya, As-Shams Travel & Tours menyediakan mutawwif yang berpengalaman lebih dari 5 tahun serta alim dari Malaysia sehingga pulang ke Malaysia.
 
9. Adakah suntikan vaksin diperlukan sebelum menunaikan Umrah?
Ya. Jemaah Umrah perlu mendapatkan suntikan vaksin (Meningitis ACWY135) dan 2 dos vaksin COVID-19 serta dos penggalak sebelum menunaikan Umrah (tertakluk kepada perubahan semasa Kerajaan Malaysia dan Saudi)
 
10. Apakah jenis vaksin COVID-19 yang diperlukan bagi menunaikan umrah?
Kerajaan Saudi hanya menerima empat jenis vaksin COVID-19 iaitu keluaran Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja.Bagi penerima vaksin keluaran Sinovac, anda diwajibkan untuk mengambil dos penggalak atau dos ketiga (tertakluk kepada akta semasa Kerajaan Malaysia & Saudi).
 
11. Adakah Jemaah perlu membuat ujian PCR Covid-19?
Ya, Jemaah wajib membuat ujian PCR Covid-19 72 jam sebelum berlepas (tertakluk kepada akta semasa Kerajaan Malaysia).
 
12.  Adakah kos ujian PCR Covid-19 termasuk di dalam pakej umrah?
Tidak, kos ujian PCR Covid-19 di Malaysia mahupun Saudi adalah dibawah tanggungan Jemaah (tertakluk kepada perubahan semasa).
 
13.  Perlukah Jemaah kuarantin setelah pulang menunaikan umrah?
Ya, Jemaah perlu kuarantin setelah pulang dari menunaikan umrah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (tertakluk kepada akta semasa Kementerian Kesihatan Malaysia).
 
14.  Bolehkah Jemaah menjalani kuarantin kendiri di rumah?
Tertakluk kepada syarat-syarat serta ketetapan semasa Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
15. Sekiranya Jemaah perlu jalani kuarantin di hotel, adakah kos ditanggung oleh pihak As Shams Travel?
Tidak, Segala kos kuarantin Ketika di Malaysia mahupun di Arab Saudi adalah di bawah tanggungan Jemaah.
 
16. Apakah dokumen yang saya perlukan sebelum menunaikan Umrah?
Ada beberapa dokumen yang perlu Jemaah sediakan sebelum terbang mengerjakan ibadah umrah :-

 

1. Passport antarabangsa yang masih sah laku 6 bulan dari Tarikh penerbangan & masih ada sekurang-kurangnya 6 muka surat yang belum digunakan
2. Salinan kad pengenalan
3. Empat (4) keping gambar berukuran 4cm x 6cm, latar belakang berwarna putih, Wanita bertudung gelap manakala lelaki tidak boleh memakai songkok/kopiah
4.  Salinan dokumen mahram
5.  Buku suntikan meningistis ACYW135
6.  Sijil Vaksinasi Mysejahtera
7.  Laporan ujian PCR (72 jam sebelum berlepas)
 
17. Adakah kursus Umrah akan disediakan untuk para jemaah?
Ya, Kursus Umrah disediakan secara percuma untuk para jemaah Umrah oleh As-Shams Travel & Tours dan akan dibimbing oleh Uztaz yang berpengalaman. Ustaz akan membantu menjawab segala kemusykilan dan persoalan berkaitan ibadah Umrah.
 
18. Apakah item percuma yang disediakan jika saya menempah pakej Umrah bersama As Shams?
4 jenis beg (bagasi 24 kg, beg silang, beg sandang, beg uncang kasut), buku panduan Umrah serta set ihram As-shams bagi lelaki dan set telekung As-shams bagi perempuan serta air zam zam 5L bagi setiap Jemaah (tertakluk kepada akta semasa pihak kerajaan Saudi).
 
19. Bolehkah saya menunaikan Umrah ketika sakit?
Bergantung jenis sakit yang Jemaah hadapi. Bagi pasca Covid-19 tidak digalakkan bagi Jemaah yang mempunyai penyakit kronik.
 
20.  Bagaimana jika saya membatalkan tempahan saya?
Sekiranya pembatalan tempahan dilakukan, Jemaah boleh rujuk terma dan syarat pada borang pendaftaran umrah As-Shams.